• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Tuduhan Skim Hafazan Dihapuskan Adalah Fitnah

KUALA TERENGGANU, 23 Mac - Tuduhan pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan negeri menafikan atau menghapuskan Skim Hafazan Dewasa adalah fitnah berniat jahat.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Zahari Sulong berkata, program itu berjalan seperti biasa pada tahun 2018, 2019 dan 2020.

"Cuma bagi tahun ini ia belum dilaksanakan lagi ekoran kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan sekarang PKP Pemulihan.

"Insya-Allah dalam bulan April nanti, program itu kita akan mulakan dan iklankan kepada rakyat," katanya ketika dihubungi UPDI sebentar tadi.

Menurut Zahari, maklumat lengkap tentang program terbabit sejak 2018 hingga 2020 akan dikeluarkan esok.

"Insya-Allah nanti esok kami bagi jawapan yang lengkap tentang jumlah peserta dan kos yang diperuntukkan," tambah beliau. - Gambar fail.


Tag: