• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Tujuh Keluarga Di Kampung Besol Berpindah


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 5 Disember - Hujan lebat yang berlarutan sejak petang semalam menyebabkan seramai 31 orang dari tujuh buah keluarga di Kampung Besol, di sini terpaksa berpindah ke pusat pemindahan kampung itu  hari ini.

Pengawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Besol menerima aduan daripada penduduk yang terlibat kira-kira jam 4 pagi tadi dan mengambil tindakan segera memindahkan mereka di kawasan selamat.

“Enam daripada 20 rumah di kampung itu yang terlibat banjir berada berhampiran sungai,”katanya kepada Wakil Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) , semasa meninjau kawasan dinaiki air, hari ini.

Katanya, sehubungan itu, pihaknya menasihatkan agar ibu bapa awasi anak-anak di musim banjir ini, jangan biarkan bermain banjir tanpa diawasi oleh orang dewasa.
"Banjir bagi anak-anak memang menyeronokkan, tapi jangan sampai keseronokan bertukar menjadi tragedi kerana sikap cuai ibu bapa," tegasnya.

Disamping itu juga, beliau menasihatkan agar pengguna jalan yang melalui jalan hadapan Bukit Besi berwaspada kerana, air deras mula melintasi jalan.

"Sekarang masih boleh dilalui, tapi perlu memandu dalam keadaan berhemah.
Manakalan tumpuan di kawasan lain dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi masih dalam keadaan biasa. .

“Bagaimanapun, langkah bersedia adalah perlu kerana didapati paras beberapa sungai sudah mula dinaiki air, kerana taburan hujan lebat bermula semalam,”katanya.


Tag: