• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Tujuh Van Jenazah Bawa Pulang Jenazah Tragedi Kepala Air

KUALA TERENGGANU, 5 Julai - Jenazah tujuh mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, air putih telah dibawa pulang semalam untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Gambang.

Kesemua mangsa dibawa oleh tujuh van jenazah ihsan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan telah bertolak kira-kira jam 6.25 petang, semalam dengan diiringi kereta peronda polis.

Jenazah ketujuh Puteri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, turut diberi pelepasa dari pihak polis untuk dibawa pulang bersama enam jenazah yang lain, iaitu Karim Abdullah, 39 dan isterinya Azizah Eyi, 40.

Serta lima anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 ; Putri Nurerina Natasya,10 ; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6 ; dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Kesemua mangsa tragedi kepala air itu tiba di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3, dari kuala Terengganu pada jam 10.02 malam untuk disembahyangkan.

Dua yang masih belum ditemui adalah Putri Nor Fatin, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, yang merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati.