• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Tumbangnya BN Di Telemung Selepas 60 Tahun

HULU TERENGGANU, 12 Ogos - Tarikh 12 Ogos 2023, mencipta sejarah apabila buat julung kalinya apabila Dewan Undangan Negeri (DUN)Telemung tumbang kepada PAS dalam tempoh 60 tahun di tangan rakyat.

Keputusan PRU DUN ke 15, bagi kerusi N21 Telemung telah memihak kepada calon PAS,  Zawawi Ismail  meraih  undi dengan majoriti tipis 295 undi.

Dengan kemenangan itu, Zawawi menewaskan penyandang BN selama empat penggal iaitu Dato Rozi Mamat dengan 8,380 undian, manakala Rozi hanya memperolehi 8,085 undian.

Ramalan awal untuk DUN Telemong terus kekal kepada kemenangan BN nyata meleset apabila suara rakyat berani memilih PAS untuk menerajui kepimpinan kerusi keramat ini untuk lima tahun akan datang.