• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Tunggu 20 Tahun Untuk Guna Jalan Bertar

MARANG, 14 Disember - Kesulitan penduduk Kampung Tertak Batu yang terpaksa menggunakan jalan berbatu hampir 20 tahun di kawasan berbukit dan cerung akhirnya berakhir apabila jalan tersebut diturap tar sepenuhnya untuk kegunaan penduduk sekitar.

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  Tertak Batu, Zulkifli Taha, penduduk sekitar menunggu sejak sekian lama untuk menggunakan jalan yang selesa dan tidak berdebu.

"Walaupun jalan yang diturap ini hanya sepanjang 200 meter, tetapi dengan keadaan jalan yang berbukit dan berbatu sebelum ini menyebabkan banyak terjadinya risiko keselamatan kepada penduduk.

Keadaan jalan sebelum yang digunakan oleh penduduk

"Lebih kurang lima hingga enam buah rumah, adalah pengguna tetap jalan ini dimana mereka akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada kemudahan jalan tersebut

"Sebelum ini jalan yang dipohon hanya dibina menggunakan batu kisaran dan sering kali rosak menyebabkan kesukaran penduduk untuk keluar masuk menggunakan jalan tersebut,"katanya.

Beliau berkata ketika dihubungi oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam

Jalan itu dibina dibawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) berjumlah RM37, 000 melalui Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang.

 


Tag: