• 18 Mei 2024 | 10 Zulkaedah 1445

Turun Padang Agih Hadiah Bola dan Minuman



Oleh: Mohd Fakhrullah Mohamad

MARANG, 15 Mac –Dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah tidak pernah lupa menjeguk dan bertanya khabar penduduk setempat termasuk golongan belia.

Setiap kali ada ruang masa, Mohd Nor turut meluang masa bersama golongan belia di padang bola sepak di kawasan Bukit Payung  secara bergilir-gilir dengan membawa hadiah bola sepak dan minuman.

Petang semalam,  beliau sempat singgah di Padang Bola Kampung Atas Tol dan Titian Baru bagi tujuan sama .

Apa yang dilakukan itu diteruskan secara bulanan atau mingguan dan akan berjumpa mana-mana pasukan untuk agihan sumbangan bola dan minuman.

Mohd Nor berkata, pihaknya mengagihkan sumbangan itu bertujuan memberi semangat kepada  orang muda dan orang kampung  supaya terus mengamalkan hidup yang sihat.


“Sekarang ini ada di kalangan mereka yang aktif dalam pertandingan,  Jadi pemberian ini sedikit sebanyak  dapat membantu mereka supaya lagi bersemangat untuk berlatih.” katanya yang juga Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika turun padang untuk mengagihkan sumbangan  bola sepak dan minuman di padang bola Kampung Titian Baru, petang semalam.

Sumbangan seumpama itu akan diteruskan  ke kampung lain sekiranya ada kelapangan masa.  


Tag: