• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

TW Bakti Serah Dividen RM357,699.99 Kepada LTAWNT

KUALA TERENGGANU, 22 Jun - Syarikat berasaskan aktiviti perladangan kelapa sawit, TW Bakti Sdn. Bhd. menyerahkan bayaran dividen kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) berjumlah RM357,699.99 bagi keuntungan yang diperoleh tahun 2021.

Pengerusi Syarikat TW Bakti Sdn Bhd merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak menyerahkan cek bayaran tersebut kepada Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Wisma Darul Iman. hari ini.

Hadir sama menyaksikan penyerahan itu Setiausaha Kerajaan Negeri Tengku Seri Bijaya Raja, Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Dato' Razali Che Ani serta Pegawai Kewangan Negeri, Rozali Salleh.

LTAWNT menerima dividen tersebut berdasarkan pegangan 70 peratus dalam syarikat terbabit manakala baki pegangan 30 peratus pula dimiliki oleh syarikat Jasa Bakti Sdn. Bhd.