• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Ubi Terengganu Juara Ragbi U-12 MSSM

Pasukan Terengganu U-12 juara Ragbi MSSM.


KUALA NERUS, 8 Ogos - Pasukan ragbi Terengganu bawah 12 tahun (U-12) dinobatkan juara Kejohanan Ragbi U-12 Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) apabila menewaskan Perak dengan skor 22-5.

Pencapaian tersebut nyata mengejutkan banyak pihak apabila pasukan bukan pilihan itu melepasi peringkat demi peringkat dengan baik.

Jurulatih pasukan, Mohd Hilmi Mohd Yusoff melahirkan rasa syukur atas kejayaan itu.
“Perlawanan pertama, bertemu dengan Perak kita kalah dan kami melihat ada masalah dengan psikologi pemain, kami selesaikan dan kita bangkit semula serta berjaya mengalahkan Johor, pasukan yang digeruni lawan di peringkat suku akhir.

“Selepas itu, pemain-pemain semakin yakin untuk beraksi  hari ini dan mereka bermain dengan menarik serta menunaikan hasrat untuk menjuarai kejohanan di halaman sendiri,” katanya ketika ditemui media selepas perlawanan di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, hari ini.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan tuan rumah U-12 muncul juara adalah pada tahun 2007.
Dalam perkembangan sama, pasukan Terengganu bawah 18 tahun (U-18) yang berdepan Melaka dalam perlawanan akhir Plate di Stadium Mini Gong Badak, hari ini berjaya mengungguli kategori berkenaan apabila menang 12-7.
Zulkarnain (baju putih) puas hati perbaiki kedudukan.

Jurulatih pasukan, Zulkarnain Mohd Zawawi melahirkan kegembiraan atas pencapaian tersebut.
“Alhamdulillah, kita johan kategori Plate iaitu berada dalam kedudukan kelima keseluruhan. Pencapaian ini memperbaiki pencapaian tahun lepas di kedudukan kelapan keseluruhan.

“Ini menunjukkan kita mula berada di landasan yang betul bagi memperbaiki semula pasukan U-18 kita setelah menjadi juara pada tahun 2015 lalu,” katanya.

Pasukan U-18 meraikan kemenangan dalam kategori Plate.




Tag: