• 20 Mei 2024 | 12 Zulkaedah 1445

UPDI Perantara Sebar Maklumat



Oleh: Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU, 8 September- Media rasmi kerajaan negeri, Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) merupakan platform yang menggerakkan penerangan di bawah kerajaan PAS dalam menyebar luas berkaitan urusan pentadbiran dan dasar kerajaan negeri.

Pengarahnya, Mohd Soud Said berkata, UPDI turut berperanan sebagai perantara dalam menyampaikan segala maklumat termasuk kegiatan para pemimpinnya di samping memberi penjelasan berkaitan sesuatu isu berbangkit. 

Katanya, fungsi dan peranan UPDI tidak terbatas setakat itu sahaja, malah bertindak sebagai konsultan kepada negeri luar yang ingin mendapatkan maklumat kejayaan dibawah pentadbiran kerajaan baharu ini.

“Negeri luar cukup kagum dengan apa yang dicapai oleh kerajaan Negeri Terengganu pada hari ini dibawah pentadbiran, Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

"Mereka rasa bangga dengan kejayaan terutama sekali dengan parti PAS yang telah memerintah Negeri Terengganu dalam keadaan sejahtera dan tenteram,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan seramai 21 orang daripada PAS Negeri Perak di Pejabat UPDI, hari ini.

Katanya, tujuan lawatan berkenaan bertujuan mendengar taklimat mengenai kejayaan Negeri Terengganu yang kini berjaya menunaikan 12 manifesto daripada 20 manifesto yang dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, baru-baru ini.

"Mereka ingin membawa hasil kejayaan ini untuk disampaikan kepada rakyat negeri mereka agar dapat menjadikan Negeri Terengganu sebagai 'role model' pada masa akan datang," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Pilhanraya PAS Negeri Perak, Mustafa Abdul Wahab berkata, beliau amat bersyukur dengan pertemuan tersebut yang disifatkan olehnya sangat muhibbah.

Jelasnya, objektif pertemuan itu bagi melihat sejauhmana kerja-keraja kemenangan yang telah diterokai.

"Saya ingat ini bukan lawatan kali pertama, mungkin selepas ini akan disusuli lawatan-lawatan yang lebih khusus.

"Khususnya (kerana) hendak mengambil banyak lagi ilmu serta berkongsi maklumat bagaimana mengisi kemenangan," ujarnya.

Tag: