• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

UPU Tok Saboh Johan Piala Penyelaras

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 27 Ogos - Pasukan Bola Sepak Unit Peti Undi (UPU) Tok Saboh telah menjurai Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 2019.

Perlawanan akhir di antara pasukan UPU Seberang Barat menentang pasukan UPU Tok Saboh telah berlangsung pada 27 Ogos 2019 di Padang Astaka Kampung Pacakan Kuala Besut.

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh turut hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Kejohanan yang berlangsung selama satu bulan itu telah disertai oleh 10 pasukan dari DUN Kuala Besut.

Azbi Salleh melahirkan rasa gembira kerana kejohanan ini berlangsung dengan lancar.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kejohanan ini.

"Saya juga ingin megucapkan tahniah kepasa pasukan yang berjaya menjurai kejohanan edisi kali ini," ujar Azbi.

Pasukan UPU Tok Saboh telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500 serta satu set jersi bola kepada semua pemain.


Naib johan disandang oleh pasukan UPU Seberang Barat, manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan UPU Kampung Baharu dan tempat keempat disandang oleh pasukan Alor Jejawi/Taman Tasek.

Majlis penyampaian hadiah pada kali ini disempurnakan oleh Azbi Salleh.

Tag: