• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Usahawan U-GATES, U-BES Catat Jualan Memberangsangkan




KUALA TERENGGANU, 10 Februari -  Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)  merekodkan  hampir 95 peratus daripada  70 usahawan daripada Program Graduan Sejahtera (U-GATES) dan Usahawan Belia Sejahtera (U-BES) tahun lalu mencatatkan jualan memberangsangkan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi,  Zulkifli Yunus, kebanyakan mereka iaitu 40 usahawan U-GATES dan 30 usahawan U-BES menjalankan perniagaan menjual makanan, minuman dan komestik melalui laman sosial.

“’YPU pantau golongan itu dengan mewajibkan agar mengikuti kursus yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) selama setahun, selain dibawa melawat kilang dan industri milik usahawan yang sudah ada nama.

“Pendekatan itu nyata membuahkan hasil kerana mereka berjaya menghasilkan  produk berkualiti selain bijak mencari pasaran dan berani berdepan dengan masalah,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas program bual bicara di TV Darul Iman baru-baru ini.

Tahun lalu, kerajaan negeri ada memperuntukan RM500,000 untuk program U-GATES dan RM100,000 untuk usahawan  yang mengikuti Program U-BES.

Peserta U-GATES yang terdiri daripada lepasan diploma dan ijazah layak menerima pinjaman sebayak RM12,000 dan U- BES  pula pesertanya  lepasan Sijil Pelajaran Malaysia layak membuat pinjaman RM5,000.   


Tag: