• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Ustaz Azhar Idrus Berkuliah Seperti Biasa



 
Ustaz Ridzuan (kanan) menemui UAI di rumah beliau.
Oleh: Mohd Haniff Abas

KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI kini semakin pulih dan telah menyampaikan kuliah agama seperti biasa.

Beliau yang memulakan kuliah pertamanya pada 10 Januari lalu di Surau Kampung Pak Tuyu, Gong Badak, Kuala Nerus antara lain untuk menguji keadaan tulang rahang yang turut cedera dalam kemalangan basikal ketika menyertai kayuhan santai di sini pada 4 November tahun lalu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, pendakwah sejuta ummat itu kini semakin sihat dan sedang menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
 
Hadiah kenang=kenangan dari Ustaz Ridzuan kepada UAI
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai menziarahi UAI di kediamannya bersama-sama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading petang semalam.

“Malam ini (semalam) beliau akan berkuliah di Masjid Pengadang Baru, kuliah keempat selepas kemalangan tersebut yang membuktikan tulang rahang sudah semakin pulih untuk bercakap lama,” Ujar beliau.

Ustaz Ridzuan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading berdoa agar UAI cepat sembuh sepenuhnya dan dapat menyampaikan kuliah seperti biasa.


Tag: