• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

USWa Bukti Kerajaan Serius 'Jaga' Wanita

KUALA TERENGGANU, 24 Februari – Penubuhan Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) membuktikan kerajaan negeri serisu untuk mengangkat martabat golongan hawa yang sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga, penganiayaan, mangsa serangan seksual dan penindasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, USWa akan berperanan membantu golongan berkenaan mendapat perlindungan yang sebaiknya.

“Penubuhan ini akan memberi dorongan dan semangat kepada semua pegawai serta kakitangan untuk lebih tekun bekerja ke arah melahirkan wanita yang kompeten, berilmu dan berdaya saing mengikut acuan Islam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program perasmian Pejabat Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) di Dataran Alamanda, pada semalam.

Sehubungan itu, beliau mahu USWa tampil di barisan depan untuk memberi kekuatan kepada para wanita melalui pelbagai program dilaksanakan.

Beliau menambah, antara program yang telah dilaksanakan adalah Suara Hati Wanita, Jelajah Untukmu Wanita, Wanita Inspirasi Terengganu (WINTER).

"Beberapa program lagi bakal menyusul, antaranya Suri Inspirasi Terengganu Sejahtera, Karnival Orang Puang, dan Pelancaran Dasar Wanita Terengganu yang dirasmikan pada Jun 2022 nanti.  

“Pelbagai inisiatif yang ditawarkan kerajaan Negeri Terengganu bagi menjamin kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu. Termasuk sehingga penghujung tahun 2021, 18 manifesto sudah ditunaikan termasuk empat yang baru dilaksanakan," katanya.

Dalam perkembangan berbeza, Zuraida berkata, Raudhatul Jannah berjaya yang menempatkan kanak-kanak diabai, didera atau menjadi mangsa keganasan rumah tangga berjaya ditubuhkan pada 15 Mac 2020 di Darul Iman Training Centre (DITC), Telok Kalong, Kemaman.

 

 


Tag: