• 14 Okt 2024 | 11 Rabiul Akhir 1446

USWa Titik Beratkan Hak Wanita Menerusi Pendidikan

KUALA TERENGGANU, 9 Februari – Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) amat menitik beratkan hak-hak wanita di negeri Terengganu supaya terus terjaga dan terpelihara.

Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), Wan Nur Sakinah Din berkata, sehubungan itu beliau mengharapkan agar para wanita dapat berfikir dengan lebih matang dan bijak serta dapat menentukan hak-hak mereka supaya kedudukannya dapat dipelihara.

Katanya, kaum Hawa di negeri diseru agar melibatkan diri mana-mana program antaranya program Suara Hati Wanita supaya mereka menjadi wanita yang faham dan berilmu.

“Menerangkan ilmu pengetahuan kepada wanita yang teraniaya dalam konteks perundangan dan hak-hak wanita.

“Kita akan ketengahkan kembali tajuk-tajuk yang menarik dan bersesuaian bersesuaian dengan apa-apa isu yang berkaitan  dengan wanita yang timbul yang ada  pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Pejabat USwa di Dataran Alamanda, Jalan Sulaiman, pada hari ini.

Jelasnya lagi, program tersebut merupakan musim yang ketiga dan berbentuk fizikal dan secara atas talian.

“Sebelum ini mungkin dengan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik ini kita lakukan secara atas talian sahaja.

"Tapi tahun ini kita akan lakukan secara fizikal di beberapa  tempat yang terpilih," ujar beliau lagi.

Kata Nur Sakinah, objektif program ialah untuk melahirkan wanita Terengganu yang mempunyai jati diri yang hebat impak dari program yang dijalankan.

"Acara ini dibuat untuk memberi pendedahan garis panduan berkenaan permasalahan yang berlaku mengikut saluran yang tepat," tambahnya.