• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Vaksin COVID-19 Tiba Di Terengganu Esok

KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech akan tiba di Terengganu esok, 25 Februari 2021 dan fasa pertama suntikan dijadualkan pada 26 Februari ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerja pemvaksinan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) akan dimulakan dengan kakitangan barisan hadapan termasuk mereka yang terpilih.

"Difahamkan bahawa Menteri Besar akan menjadi orang pertama yang akan disuntik vaksin.

"Fasa pertama ini juga akan melibatkan dalam 15,000 orang yang telah disusun oleh pihak berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul Iman pagi tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata perincian tempat dan masa suntikan pertama tersebut ditentukan oleh JKNT.

"Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan diuruskan bersama 'frontliner' di tempat masing-masing.

"Semua ADUN tidak mengira parti akan dijadualkan untuk suntikan bagi mereka yang sukarela," tambahnya.