• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Wakil Rakyat Suatu Amanah

KUALA TERENGGANU, 27 September - Memikul tugas sebagai wakil rakyat adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan tanpa sebarang alasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah mengakui  tidak terkecuali untuk turut bersama rakyat, mengambil tahu denyut kehidupan mereka di DUN tersebut. 

"Seminggu sekali iaitu Khamis adalah hari 'YB bersama rakyat', sakit pening, susah senang rakyat perlu dijenguk, saya tolong sekadar mampu, selebihnya mesti ada caranya untuk kita bantu melalui saluran yang ada seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), Tabung Darul Iman(TDI), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan banyak lagi agensi lainnya yang berkaitan. " ujarnya.

Wan Sukairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu ditemui ketika program ziarah bersama 'Team Ziarah Yang Berhormat (YB) Wan Sukairi' di DUN tersebut, baru-baru ini.

'Team' tersebut diketuai oleh Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN,  Radzali A. Ghani.

Menurut Radzali, program ziarah bersama Wan Sukairi diadakan sekurang-kurangnya seminggu sekali. 

"Jika YB ada lapang akan jadi dua atau tiga kali seminggu dan 'team' kami kena sentiasa bersedia dengan nama-nama dan rumah yang perlu kami ziarah," jelasnya.


Tag: