• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Walau PKP, Warga Tionghua Tetap Dirai

SETIU, 11 Februari - Seramai 67 kaum Tionghua disantuni oleh Ahli Parlimen Setiu sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada Jumaat ini.

Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, program Santuni Kaum Tionghua itu diadakan setiap tahun bagi merapatkan hubungan antara pimpinan masyarakat dengan masyarakat Cina dalam Parlimen tersebut.

"Memahami dan berkenal-kenalan antara satu sama lain adalah salah satu perkara yang dituntut oleh agama Islam.

"Oleh itu, program sebegini bertujuan untuk merapatkan hubungan kita dengan mereka walaupun kaum Cina dalam Parlimen Setiu tidaklah begitu ramai," ujar beliau kepada pemberita hari ini.

Program yang meliputi DUN Batu Rakit, Permaisuri dan Jabi ini telah disertai juga oleh Pegawai Penyelaras DUN masing-masing dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat.

Menurut Shaharizukirnain, walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sambutan yang diamalkan masyarakat Cina sejak beratus tahun ini tetap disambut dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Keadaan pandemik yang melanda negara menyebabkan ramai perantau yang tidak dapat pulang menyambut acara ini bersama-sama ahli keluarga mereka.

"Namun, teknologi media sosial sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan sekaligus meneruskan adat tradisi seperti acara makan besar semasa malam Tahun Baharu Cina," tambahnya lagi.

Selain beramah mesra, Shaharizukirnain turut memberikan angpau kepada masyarakat Tiong Hua yang menjadi salah satu budaya kaum tersebut terutama ketika perayaan itu diadakan.

.

 


Tag: