• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Walaupun Suasana Aidiladha Berbeza, MB Tetap Sumbang Lembu Korban

MARANG, 20 Julai - Walaupun suasana Hari Raya Aidiladha kali ini masih lagi berbeza kerana pandemik Covid-19, Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tetap menyumbang sebanyak 30 ekor lembu untuk dijadikan korban.

Sumbangan kepada penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu diserahkan kepada setiap 25 cawangan di Dun Rhu Rendang di mana masing-masing menerima seekor lembu, manakala empat ekor disumbangkan kepada Maahad Darul Quran Rusila, dan seekor lagi disumbang kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.

Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid berkata, pihaknya Dato' Seri berterima kasih kepada Permint Granite HCM Sdn Bhd yang telah menyumbang 10 ekor lembu pada kali ini.

"Lembu ini diagihkan kepada kampung-kampung untuk masyarakat kampung turut merasai kemeriahan aidiladha ini dengan baik, harmoni serta penuh dengan ketaatan kepada Allah SWT.

"Walaupun suasana sambutan berbeza tahun ini, kerana perintah kawalan pergerakan, namun sumbangan korperat ini dapat mengubati hati masyarakat kita dari sudut perayaan, yang tidak dapat berkunjung dan merasai kemeriahannya,,"katanya.

Beliau berkata ketika hadir menerima sumbangan lembu korban tersebut daripada Pengarah Permint Granite HCM Sdn Bhd, Ahmad Farid Dato’ Isa @ Ghazali di Kampung Baru Rhu Muda.

Sementara itu, Ahmad Farid berkata, pihaknya berharap dengan sumbangan ini, dapat mengeratkan hubungan di antara syarikat-syarikat korperat atau swasta di negeri Terengganu dan kerajaan negeri Terengganu sendiri.

"Pihak kami juga sangat gembira dapat menyumbang dengan projek komuniti seperti ini sekaligus dapat membantu masyarakat dan komuniti dalam menyambut Aidiladha pada kali ini.

Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga ADUN Rhu Rendang diwakili oleh Setiausaha politiknya juga turut turun sendiri ke beberapa buah cawangan bagi menyerahkan lembu korban tersebut.

Turut hadir adalah Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria dan Wahad Osman, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang, Mohd Najmuddin Rani.

 


Tag: