• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Walimatulurus Perdana 2019:Dungun Catat Pasangan Paling Ramai


Oleh :Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 17 Ogos - Walimatulurus Perdana 2019 kali ini menyaksikan Daerah Dungun mempunyai penyertaan paling ramai apabila 41 pasangan telah diijab kabul pagi tadi.

Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu(YPKT), Daerah Dungun, Farah Norfaradila M. Zuki memberitahu penyertaan paling ramai diterima daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka iaitu seramai 14 orang.

"Pada awalnya sambutan suram, mungkin mereka berfikir, tetapi di saat akhir memang terkejut," ujarnya yang ditemui di Majlis Akad Nikah, karnival tersebut di Masjid Tengku Ampuan Tengku Intan Zaharah, di sini hari ini.


Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat di Dewan Terbuka Arena Merdeka, Dungun.

Turut memeriahkan karnival tersebut Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun, ADUN Sura, Wan Hapandi Nik dan juga Pegawai Daerah Dungun, Lizan Che Mat.

Tag: