• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Wan Rukman Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Terengganu Baharu

KUALA TERENGGANU, 12 Januari - Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Pembangunan Kerjaya Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Wan Rukman Wan Hassan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu berkuatkuasa Rabu.

Wan Rukman mengambil alih tugas itu daripada SAC Norhalid Kimi yang bersara wajib bermula hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Terengganu itu diadakan di di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini, dengan disaksikan disaksikan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa.

Beliau yang  berasal dari Jertih, Besut memulakan kerjaya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pelatih pada April 1994 sebelum ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang setahun kemudian.