• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Warga Emas Terharu Terima Sumbangan Katil Wakaf

DUNGUN, 13 Oktober - Seorang warga emas, Fatimah Abd Rahman, 61, terharu dengan sumbangan katil wakaf yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik.

Fatimah yang menetap di Kampung Sura Tengah, di sini berkata, bantuan itu dapat meringankan bebannya selepas tidak mampu bergerak berikutan menghidapi sakit tulang belakang. 

“Alhamdulilah, saya bersyukur, dengan adanya katil ini, ia sedikit sebanyak memudahkan saya dan keluarga untuk melakukan aktiviti harian,” katanya. 

Sementara itu, Wan Hapandi memaklumkan, katil tersebut sentiasa bertukar penerima kerana ia menggunakan konsep wakaf. 

“Sumbangan katil wakaf ini bertujuan memastikan pesakit selesa dan mudah diuruskan oleh anggota keluarga masing-masing.

"Semoga ianya memberi manfaat kepada pesakit dan dapat membantu memudahkan urusan harian mereka,” ujarnya kepada pemberita.

Katanya, melalui konsep katil wakaf ini, orang ramai boleh menyumbang dan katil ini akan diserahkan kepada pesakit yang memerlukan. 


Tag: