• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Warga Kuala Terengganu Amalkan Gaya Hidup Sihat

Acara Kayuhan Merdeka dan Pata Walk bukti warga Kuala Terengganu amalkan gaya hidup sihat  Foto - Tengku Syamim
KUALA TERENGGANU - Dengan penyertaan lebih 1100 orang dalam acara Kayuhan Merdeka dan penglibatan lebih 200 orang dalam acara Pata Walk bukti warga Kuala Terengganu mengamalkan gaya hidup sihat.

Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Wan Mohd Zaki Wan Abdullah berkata, kedua-dua acara tersebut adalah anjuran bersama MBKT  dengan para penyumbang yang menawarkan hadiah lumayan.

Katanya, sebuah syarikat telah memberikan pakej iaitu  mengerjakan umrah  dan habuan lain termasuk motosikal, basikal yang berjumlah RM15 ribu ringgit.

“Program kayuhan  merdeka dianjurkan oleh MBKT dan TSG bertujuan  untuk memeriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan  dimana  pelbagai aktiviti diadakan.

“Dan acara Pata Walk sepanjang tiga kilometer di Pantai Batu buruk bertujuan mereka menghayati kepentingan kebersihan pantai yang mana  diorang akan mengutip sampah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas pelepasan kayuhan merdeka di Dataran Pantai Batu Buruk pada pagi ini , Sabtu, 22 September.

Katanya, program kayuhan basikal sempena kayuhan merdeka sudah dilakukan sebanyak dua kali sebelum ini.

Justeru beliau berharap dalam program tersebut bukan untuk mementingkan siapa cepat sampai tetapi penglibatan komuniti terhadap gaya hidup sihat.

Tambahnya,dalam Pata Walk pula ada tema pemakaian yang mana mereka boleh menghayati  bagaimana kehidupan para nelayan dan sebagainya.


Tag: