• 14 Jul 2024 | 7 Muharam 1446

Warga Politeknik Dungun Tabur Bakti Di Batam

DUNGUN, 16 Mei- Pelajar dan pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) bukan sahaja menggunakan kemahiran mereka untuk masyarakat Malaysia malah juga turut menyalurkannya kepada penduduk desa di sekitar kepulauan Batam. 

Unit Komunikasi Korporat PSMZA dalam satu kenyataan memaklumkan, menerusi International TVET Skill Exchange Programme (PSMZA-UIS-STAI)  seramai 19 orang pelajar dan 14 pensyarah serta pegawai kanan PSMZA berada di sana pada 11 hingga 20 Mei lalu.

"Program CSR Antarabangsa ini merupakan kolaborasi tiga institusi iaitu PSMZA, Universiti Ibnu Sina (UIS) dan Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Ibnu Sina Batam bertempat Dewan Utama, Universitas Ibnu Sina, Batam Indonesia," ujarnya.

Katanya lagi, peserta PSMZA telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan mensasarkan aktiviti khidmat berlainan kepada komuniti.

"Satu kumpulan telah membuat kerja-kerja pendawaian elektrik di beberapa surau terpilih, kumpulan kedua membantu dalam khidmat 'sharing knowledge', 

"Dan kumpulan ketiga menyumbang khidmat urusetia dalam seminar kepada pengusahaan kerepek nenas, Alhamdulillah segala perancangan yang di atur berjalan dengan baik dan mencapai objektif program," jelasnya dalam kenyataan itu.


Tag: