• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Waspada Amaran Cuaca Kuning Di Tujuh Lokasi

KUALA TERENGGANU, 21 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning membawa hujan lebat yang dijangka berlaku sepanjang hari ini di tujuh daerah di Terengganu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu diramal berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora.

“Amaran dikeluarkan bagi beberapa kawasan tersebut yang dijangka berterusan sehingga esok,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, amaran angin bertiup dari arah timur laut dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.