• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

SETIU, 18 November - Fenomena banjir di daerah ini sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah penduduk, namun faktor keselamatan tidak wajar dipandang mudah.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata, penduduk perlu waspada dengan banjir yang bila-bila masa boleh berlaku pada musim ini dengan faktor penerimaan taburan hujan yang tinggi.

"Kawasan yang rendah dan berisiko berlaku banjir perlu diberikan perhatian khusus mengenai keselamatan diri, keluarga dan harta benda," katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau situasi banjir di Kampung Padang, Mukim Hulu Setiu yang mengakibatkan laluan Bandar Permaisuri ke Kampung Seladang tidak dapat dilalui sejak malam tadi.

Turut bersama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Padang, Azizan Abdul Rahman.

Zul Bhari turut menasihatkan orang ramai agar menjaga kesihatan lebih-lebih lagi dalam situasi COVID-19 yang masih belum reda.