• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Waspada Peralihan Monsun Timur Laut

SETIU, 13 Oktober - Warga Terengganu dinasihatkan untuk berwaspada dengan fasa permulaan peralihan monsun timur laut yang dijangka berlaku antara hujung September hingga awal November ini

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata, berkata, beberapa persiapan yang telah diaturkan oleh Urus Setia Bencana Daerah termasuk di daerah ini yang dipengerusikan Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar.

Katanya, antara langkah itu ialah menghantar bekalan keperluan makanan dan asas ke pengkalan hadapan yang melibatkan dua DUN, Langkap dan Permaisuri.

"Selain itu, bilangan pusat pemindahan banjir ditambah bagi memastikan tidak berlaku kesesakan dengan mangsa banjir dan juga 'Standard Operating Procedure' (SOP) akan ditambah baik," katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat jawatankuasa bencana daerah di Pejabat Daerah Setiu petang semalam.

Zul Bhari yang juga anggota mesyuarat jawatankuasa bencana daerah turut menasihatkan masyarakat supaya membuat persiapan awal bagi penduduk yang berisiko berlaku banjir.

Peralihan monsun timur laut juga mengakibatkan angin kencang beserta ribut, laut bergelora yang membahayakan kepada aktiviti perikanan dan hujan lebat yang kemungkinan berlaku banjir di kawasan rendah.