• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Wechat Ungguli Kejohanan 8 Sebelah

MARANG, 24 Oktober - Usaha untuk mengadakan pertandingan bola sepak  secara tertutup ianjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Gong Kubur, Bukit Payong mendapat sambutan menggalakkan.

Pertandingan itu  disertai 8 pasukan dan  menawarkan hadiah berupa hamper dan medal kepada pemenang serta saguhati juga disediakan kepada pasukan yang kalah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, program sebegini sangat memberi kesan kepada masyarakat terutama orang muda dalam memupuk aktiviti yang sihat di kampung.

"Anjuran sebegini sememangnya mampu memupukkan lagi aktiviti yang berfaedah selain dapat menyatukan lagi hubungan yang erat antara penduduk.

"Selain itu, dengan adanya pertandingan sebegini pada setiap tahun akan membolehkan kita mengasah bakat yang ada pada orang-orang muda terutamanya untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi,"katanya

Ujar beliau ketika merasmikan Program Pelancaran Pertandingan Bola Sepak 8 Sebelah Peringkat MPKK Kampung Gong Kubur, Bukit Payong, baru-baru ini yang mana, pasukan wechat telah menjadi johan dan pasukan twitter sebagai naib johan dengan kemenangan ditentukan oleh sepakan penalti 5 - 3.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Gong Kubur, Mohamad Arifin Ibrahim, Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong, Mat Ghani Jusoh dan Penghulu Mukim Bukit Payong, Ahmad Zafiri Ahmad Zaki.


Tag: