• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Wisma Darul Iman Diiktiraf di Peringkat Nasional

KUALA TERENGGANU, 17 Julai – Wisma Darul Iman diiktiraf di peringkat nasional apabila menerima anugerah 'Special Mention Award' bagi kategori ’10 Years & Above' (Specialised Category) baru-baru ini.

Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kepada kerajaan Terengganu.

Katanya, anugerah itu diberikan dalam majlis ‘The Edge Malaysia Best Managed & Sustainable Property Awards 2023 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada 4 Julai lepas.

"Sebanyak 39 projek hartanah seluruh negara telah disenarai pendek di peringkat awal dan hanya 30 projek yang diberikan pengiktirafan dalam majlis anugerah ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Penyampaian Anugerah Cemerlang (APC) Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman (WDI) 2023 bertempat di Dewan Besar WDI di sini hari ini.

Tambah Tengku Seri Bijaya Raja mengenai program itu, sebanyak 19 orang penerima APC WDI yang terdiri daripada pelbagai jabatan, bahagian, unit dalam Wisma Darul Iman.

“Penerima-penerima ini akan menerima insentif kecemerlangan sebanyak RM500 berserta sijil penghargaan.

“Sumbangan dan komitmen ke arah kecemerlangan ini serta usaha keras di dalam tugas yang tuan puan laksananakan telah diterjemahkan dalam APC bulanan bagi warga kerja WDI.

“Penganugerahan pekerja cemerlang ini sebagai penyuntik semangat dan pencetus azam untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.

“Khususnya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,” ujarnya.