• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

YB Amzad Sumbang ‘Chainsaw’, Mesin Rumput kepada MPKK

KUALA TERENGGANU: 2 Disember - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim melalui pusat khidmat kawasannya, mengagihkan mesin ‘chain saw’ (gergaji rantai) dan ‘grass machine’ (mesin rumput) kepada beberapa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi membantu memudahkan urusan pentadbiran peringkat kampung.

Pengerusi MPKK Kubang Jambu, Ibrahim Mat Zaki Mat Rani, 58, yang turut menerima bantuan tersebut berkata, pihaknya amat memerlukan gergaji rantai itu bagi kerja-kerja menebang pokok tumbang.

Ini kerana, musim tengkujuh yang sedang melanda negeri-negeri pantai timur terutama Terengganu, bukan sahaja menyebabkan hujan lebat dan banjir, tetapi juga masalah pokok tumbang.

“Alhamdulillah, dengan adanya mesin ‘chain saw’ ini lebih mudah untuk pihak MPKK (DUN Wakaf Mempelam) melaksanakan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang.

“Kita (MPKK) juga perlu kepada mesin rumput untuk kerja-kerja pembersihan rumput di kawasan tumpuan awam,” katanya selepas menerima sumbangan  di Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu, semalam

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Perhubungan dan  Kemasyarakatan Parlimen Kuala Terengganu, Haji Zulkifli Wahab mewakili Ahli Parlimennya, Ahmad Amzad Hashim kini bertugas di Dewan Rakyat.

Manakala, Mohamad Yasin Muda, 57, dari Kampung Ladang Titian menjadi salah seorang dari dua penerima individu bantuan tersebut.

“Saya pembuat sarung keris dan kraftangan, jadi saya perlu kepada mesin ‘chain saw’ ini untuk buat kerja-kerja tebang pokok dan kayu. Alhamdulillah, dengan sumbangan ini lebih memudahkan kerja saya, terima kasih.

Bagi Daud Muda, 66, dari Kampung Tiong Jalan Banggol (DUN Bandar) pula, sumbangan mesin rumput memudahkannya memperolehi kerja-kerja memotong rumput di kawasan perkuburan Lorong Kemunting, Kuala Terengganu.

“Saya guna mesin ini untuk buat kerja-kerja memesin rumput di kawasan tanah perkuburan dan rumah-rumah penduduk di kawasan ini,” jelasnya.

 


Tag: