• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

YB Setiu Turun Padang Selesai Masalah Rakyat

Shaharizukirnain (kanan) membuka kaunter aduan bagi mendengar segala permasalahan rakyat.


Oleh : Maktar Hashim

SETIU, 26 Ogos – Konsep turun padang perlu menjadi keutamaan oleh setiap kepemimpinan negeri dan negara bagi melihat permasalahan yang berlaku khususnya dalam meningkatkan kualiti sistem penyampaian serta perkhidmatan.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, melalui platform tersebut, mereka dapat bertemu dengan masyarakat setempat untuk mendengar dan melihat permasalahan yang timbul bagi mencari jalan penyelesaian.

Menurutnya, menerusi turun padang juga segala dasar serta usaha kerajaan dapat dijelaskan agar ia dapat difahami dan diterima baik oleh masyarakat.

“Melalui program ini, segala masalah dapat dirungkai bersama, saya sangat berterima kasih atas keluhan dan rintihan yang dikemukan oleh rakyat.

“Segala permasalahan rakyat berkaitan dengan tiadanya taman permainan kanak-kanak, pendaftaran surau dengan pihak berwajib dan lain-lain permasalahan akan diambil tindakan segera, insya-Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir di Kaunter Aduan Rakyat RAKR Mengabang Lekar, Batu Rakit, di sini baru-baru ini.

Kaunter Aduan Rakyat turut dihadiri Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail serta pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Batu Rakit.

Rakyat tempatan yang ditemui selepas majlis tersebut amat berterima kasih atas keperihatinan Shaharizukirnain dan berharap agar masalah tersebut berjaya diselesaikan segera.



Tag: