• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

YT Perkasakan MTQT


Yayasan Terengganu (YT) diberi kepercayaan untuk mengurus dan memperkasa Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQT) negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang berkata, bermula 16 Julai lalu, semua kakitangan dan tenaga pengajar di bawah Program Syahadah ditempatkan di MTQT di bawah pengurusan YT dikekalkan sebagaimana sedia ada sehingga proses penambahbaikkan dan penjenamaan semula MTQT.

“Malah, bayaran emolumen semua tenaga pelajar adalah tidak berubah dan akan diuruskan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK) untuk pelarasan.

"Dengan erti kata lain, tiada apa-apa perubahan penjawatan, perkhidmatan sehingga proses penambahbaikan dan penjenamaan semula MTQT.

“Saya berharap agar YT dapat menyelaras dengan teliti bagi memastikan proses ini berjalan dengan lancar dan sempurna agar tidak timbul masalah kemudian hari,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Pengurusan Program Syahadah Tahfiz Antara Institut Al-Quran Terengganu (IQT) dan YT, di Kolej Al-Quran Terengganu, semalam.


Program Syahadah Tahfiz di IQT akan terus diperkasakan bagi melahirkan lebih ramai generasi muda di negeri itu untuk mendalami kitab suci itu seterusnya menjadi pusat kecemerlangan ilmuan Islam.

Tag: