• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

DUNGUN, 16 Februari- Seramai 120 orang murid dan 24 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Chone disini  diraikan dalam Majlis Ramah Mesra sempena Tahun Baharu Cina 2022.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata,  tahun lalu sambutan tahun baru Cina tidak begitu dirasai kerana situasi COVID-19 ketika itu sangat membimbangkan. 

"Ternyata rata-rata masyarakat Cina menggunakan kesempatan pada tahun ini untuk memeriahkan suasana perayaan kali ini," ujarnya ketika dihubungi. 

Majlis yang disambut dengan penuh meriah itu diserikan lagi dengan tarian singa dan persembahan lain dengan kehadiran kira-kira 150 orang mengikut standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap  persekolahan dan pembelajaran tahun ini berada dalam keadaan yang baik.


Tag: