Terengganu, TNB Genco Meterai Perjanjian Optimum Sumber Hidro
Majlis Berbuka Puasa Mukim Bukit Puteri Bersama ADUN Kuala Besut Meriah
BESUT, 12 Mac – Seramai 500 orang telah hadir memeriahkan majlis berbuka puasa bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh yang diadakan di dewan terbuka Kampung Tok Has, Mukim Bukit Puteri, semalam.
Menurut Azbi,majlis yang diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat bagi memastikan kemeriahan Ramadan pada kali ini diraikan bersama
"Memperbanyakkan amalan di bulan Ramadan adalah sangat penting saya mengajak semua yang hadir untuk mengambil peluang ini bagi meningkatkan ibadah dan melakukan segala amalan kebaikan.
"Serta jangan lupa untuk membantu mereka yang memerlukan kerana Bulan Ramadan adalah waktu yang tepat untuk kita memperbanyakkan amal ibadah dan memperkukuhkan hubungan sesama kita," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut,.
Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Ahmad Nazwawi Harun, Ketua Balai Polis Kuala Besut, Mohd Nazi Che Ismail dan Penolong Pegawai Kebajikan Daerah Besut, Mohd Latpi Yusoff.
Menurut Azbi majlis berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh kegembiraan dengan para penduduk saling bertukar-tukar cerita dan penglaman.
"Adalah diharapkan Majlis berbuka puasa ini dapat menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan antara penduduk serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya amalan kebajikan di bulan Ramadan,"ucap beliau.