• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

100 Hari Pentadbiran Menteri Besar

Dr Ahmad Samsuri ketika diwawancara wartawan. Foto Syaful Mustafa 



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu ke-15 pada 10 Mei lalu. Tanggal 20 Ogos nanti genap 100 hari tempoh pentadbiran beliau dengan tagline Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

Sepanjang  tempoh itu, Ahmad Samsuri kerap kali menyatakan tugas mengisi dan melaksanakan agenda Negeri Terengganu untuk membawa negeri ini ke era baharu bukan hanya perlu digalas Menteri Besar, Ahli-ahli Menyuarat Negeri dan wakil rakyat semata-mata malah semua pihak perlu mengalas tanggungjawab itu bersama-sama.

Pelbagai perancangan dan hala tuju bakal direalisasikan untuk kebaikan dan kebajikan rakyat termasuk menunai janji Manisfesto PAS secara berperingkat-peringkat.

Tidak lupa merencanakan ekonomi negeri dalam pelbagai sektor dan menterjemahkan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030)  sepanjang tempoh penggal pertama pentadbiran Dr. Ahmad Samsuri.

Wartawan: Sejauh mana manifesto  yang sudah dilaksanakan  Kerajaan PAS selepas berjaya mengambil alih tampuk kepimpinan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.


Dr. Ahmad Samsuri: Manifesto PAS  akan ditunaikan secara berperingkat-peringkat dengan mengutamakan keperluan  terdesak yang diinginkan rakyat, pertamanya kita telah melaksanakan pemberian 20 meter padu air percuma kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Sama juga janji kita berkaitan pemberian lot tanah kediaman  kepada rakyat, perkara ini akan dilaksanakan  dalam tempoh terdekat tetapi perlu mengambil masa sedikit masa dan penelitian sebelum dikeluarkan tawaran kepada mereka yang benar-benar rakyat.

Perkara ini sudah dilaksanakan kerajaan lalu, tetapi didapati berlaku ketidakadilan agihan, termasuk mereka yang sudah mempunyai tanah turut disenaraikan sebagai layak untuk memiliki tanah yang ditawarkan.


Wartawan: Apakah kejayaan yang boleh dijadikan contoh oleh pihak luar

Dr. Ahmad Samsuri: kejayaan terbaru, Terengganu menjadi negeri pertama mampu menyelesaikan pelantikan ahli jawatankuasa  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan apa yang menariknya perkara itu dijadikan contoh oleh negeri lain.

Di sini menunjukkan wujud kerjasama erat di antara jentera kerajaan dan pentingnya MPKK itu ditubuhkan adalah bagi menyelaras urusan berkaitan pengurusan kampung antara kerajaan negeri dan  Pusat, penyaluran peruntukan serta hal-hal pentadbiran lain.

Wartawan: Usaha yang bakal dilakukan untuk menarik minat pelabur-pelabur
Wartawan: kerajaan negeri yakin dengan perubahan yang bakal dilaksanakan mampu menarik menarik minat pelabur  tempatan dan antarabangsa dalam berskala besar.

 
Sudah pastinya kita akan memberi tumpuan dalam indutri minyak dan petroleum, memperluaskan pasaran keluli, memperbanyakkan  industri silika, memfokuskan industri hiliran dan memperbanyakkan aktiviti perkapalan di pelabuhan dalam tempoh terdekat.
Perkara ini perlu dipandang serius kerana bukan saja mampu merancakkan ekonomi Terengganu, malah paling utama adalah mewujudkan peluang kerajaan.

Kerajaan PAS juga akan tetap meneruskan projek-projek berskala besar yang melibatkan kepentingan rakyat di bawah rangka kerjasama awam-swasta (PPP) pada masa depan melalui kaedah pembayaran secara tertangguh dan juga kaedah bayaran berjadual.
Namun pendekatan lebih berhati-hati perlu diambil dengan melakukan kajian terperinci terutama mengambil kira keupayaan untuk melunaskan bayaran agar kerajaan negeri tidak terbeban.

Wartawan: Adakah Terengganu  berasa tercabar dengan kepimpinan Kerajaan Pusat  yang diterajui Pakatan Harapan.

Dr. Samsuri: itu sudah pasti terutamanya apabila  mahu menyelesaikan satu- satu perkara penting.  

Kita sudah laju, apabila tiba kepada kementerian tertentu, perkara itu terpaksa ditangguhkan kerana menteri yang mengambil peranan masih tidak bersedia.
Saya berharap dapat diselesaikan secepat mungkin.

Wartawan: Apakah kelebihan yang ditampilkan PAS sehingga mampu mengambil alih tampuk kepimpinan.

Tiada kelebihan istimewa, mungkin disebabkan  ada sebilangan besar rakyat berasa tidak puas hati dengan cara kepimpinan terdahulu, termasuk agihan projek, bantuan untuk rakyat dan sebagainya.

Mungkin juga faktor pemilihan calon yang dilihat memberi kelebihan kepada PAS, penggunaan media sosial di kalangan sukarelawan yang mahu membantu PAS dan kerjasama erat yang ditonjolkan jentera-jentera PAS.   
   




Tag: