• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

100 Ibu Tunggal Diraikan Di DUN Batu Buruk

KUALA TERENGGANU, 6 Mei - 100 orang ibu tunggal dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk telah menerima pek bantuan makanan asas dalam satu program yang diadakan di Balairaya Kampung Gong Kemunting, semalam.

Program tersebut merupakan anjuran Kelab Ibu Tunggal DUN Batu Buruk dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk bagi meraikan sebahagian ibu tunggal yang kurang berkemampuan.

Norzy Osman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

“Program agihan pek bantuan makanan ini diadakan bagi meringankan beban sebahagian ibu tunggal di sini yang kurang berkemampuan untuk menyambut perayaan Aidilfitri nanti," kata Pengerusi Kelab Ibu Tunggal DUN Batu Buruk, Norzy Osman.

Menurut beliau lagi, inisiatif itu diadakan kerana sebahagian daripada ibu tunggal tersebut mempunyai pendapatan yang tidak cukup untuk menampung keperluan harian anak-anak.

"Insya-Allah, bantuan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk memastikan kebajikan ibu tunggal sentiasa terpelihara," katanya lagi.