RM2 Juta Bantu Anak Asnaf Terengganu Ceburi Industri Minyak dan Gas
100 Pelajar Diraikan Wisma Darul Iman
KUALA TERENGGANU, 23 April - Seramai 100 pelajar-pelajar fakir miskin dan anak yatim diraikan dalam majlis Sambutan Hari Raya anjuran Kelab Wisma Darul Iman (KWDI), hari ini.
Pada sambutan yang berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman itu, pelajar terpilih dari lima sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Cabang Tiga, SK Losong, SK Bukit Losong, SK Kompleks Seberang Takir dan SK Seberang Takir menikmati sajian disediakan ahli-ahli kelab gabungan, selain turut menerima sumbangan duit raya.
Sumbangan disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman pada sesi majlis perhimpunan bulanan Wisma Darul Iman.
Pemberian sumbangan itu disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga merupakan Yang di-Pertua KWDI, Dato' Nara Setia dan isteri, To' Puan Wan Radziah Wan Mokhtar.
Majlis yang berlangsung sehingga jam 2.00 petang itu dihadiri sekitar 1,000 warga Wisma Darul Iman dan kakitangan anak-anak syarikat kerajaan negeri.