• 16 Apr 2024 | 7 Syawal 1445

100 Sukarelawan Besut Bantu Mangsa Banjir Maran

BESUT, 11 Januari - Seramai 100 orang sukarelawan dari daerah Besut menyertai misi bantuan banjir di Maran, Pahang.

Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, sukarelawan berkenaan terdiri dari pelbagai agensi tanpa mengira usia itu bersama-sama berganding bahu meringankan beban mangsa banjir.

“Usaha ini diadakan bagi membantu rakyat terutamanya mangsa banjir yang baru diuji dengan satu musibah besar.

"Saya berharap para sukarelawan dapat berkerjasama antara satu sama lain agar misi bantuan ini tercapai dengan jayanya," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pelepasan misi bantuan banjir ke Pahang, semalam.

Katanya, sukarelawan Besut ditugaskan bagi membersihkan rumah yang ditenggelami banjir dan menyediakan juadah untuk mangsa.

Beliau juga berharap agar usaha ini diteruskan bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat dapat dikekalkan.


Tag: