• 02 Dis 2020 | 16 Rabiul Akhir 1442

1,000 Pemuda Kijal Disantuni

KEMAMAN, 21 November - Seramai 1,000 orang warga muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal telah disantuni sepanjang dua tahun ini.

Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kijal, Mohamad Roslan Ab Rahman berkata selain sumbangan barangan keperluan yang dihulurkan mereka juga menerima wang tunai.

"Sebanyak kira-kira RM50 ribu telah dibelanjakan bagi membantu para belia golongan B40 ini.

"Peruntukan itu banyak tertumpu kepada bantuan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh Kerajaan pada bulan Mac tempohari," katanya.

Program Minyak Motor Percuma (foto sebelum PKP).

"Disamping itu banyak program yang telah dijalankan bagi menyantun golongan ini seperti program minyak motor percuma, ziarah mereka yang sakit, program sukan, program ilmiah dan sebagainya," ujarnya.

Roslan ditemui oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pejabat i-MiTS DUN Kijal di Bukit Kuang baru-baru ini.

Mohamad Roslan Ab Rahman

Dia turut menjawab soalan yang diajukan berkaitan menifesto Kerajaan bahawa setiap individu 21 tahun keatas yang layak berhak memiliki satu lot tanah perumahan atau sebuah rumah.

"Berkenaan perkara ini diharapkan Pemuda harus banyak bersabar kerana Kerajaan telah bergerak kearah itu semenjak awal pengambilalihan kerajaan itu hari.

"Cuma memerlukan sedikit masa lagi untuk direalisasikan apa yang dijanjikan ini. Insya-Allah sabar sebahagian daripada Iman," katanya.


Tag: