Berita :
103 Pelajar Cemerlang SPM, STAM DUN Alur Limbat Diraikan
103 Pelajar Cemerlang SPM, STAM DUN Alur Limbat Diraikan
Noraini Jusoh
1 jam yang lepas
60

KUALA TERENGGANU, 12 Mei – Seramai 103 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diraikan dalam satu majlis di Dewan Sivik Bukit Payong, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Dato’ Ariffin Deraman berkata, ia sebagai menghargai semangat juang, dedikasi serta kesungguhan pelajar dalam mengejar kecemerlangan akademik.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya meraih keputusan cemerlang, begitu juga kepada ibu bapa dan keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang serta sumber kekuatan dalam perjalanan pendidikan anak-anak.

“Sesungguhnya kejayaan ini bukan hanya hasil usaha pelajar semata-mata, tetapi lahir daripada doa, pengorbanan dan sokongan berterusan daripada ibu bapa serta para guru yang tidak pernah jemu mendidik,” tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut katanya, beliau yakin bahawa pendidikan merupakan asas penting dalam membentuk sahsiah, jati diri dan kepimpinan generasi masa hadapan. 

“Anak-anak inilah yang bakal menjadi pewaris masyarakat dan pemimpin negara pada suatu hari nanti.

“Semoga kejayaan yang diraih hari ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan, khususnya di menara gading dan dalam kehidupan,” ujarnya.




Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan