Jalur Gemilang
Berita :
National 7's 2026: 38 Pasukan Berentap Di Terengganu
National 7's 2026: 38 Pasukan Berentap Di Terengganu
Mohd Irsyadi Abu Bakar
20 jam yang lepas
21

KUALA NERUS, 13 November - Sebanyak 38 pasukan memulakan saingan Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s 2026) yang membuka tirai di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, hari ini.

Kejohanan selama tiga hari itu menyaksikan empat kategori kejuaraan dipertandingkan dengan kategori Lelaki Terbuka dijangka menjadi antara saingan paling sengit melibatkan penyertaan 15 pasukan.

Pasukan bertanding akan merebut Piala Amir Amri, menggantikan Piala Ung Khek Cheow yang menjadi rebutan sebelum ini.

Selain itu, lima pasukan akan berentap dalam kategori Wanita Terbuka, manakala saingan Bawah 21 Tahun membabitkan 10 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita.

Penyandang juara Terbuka Lelaki, Kelantan kekal menjadi tumpuan setelah diundi untuk berada di dalam kumpulan maut bersama Johor selaku naib juara edisi lalu.

Sementara itu, Selangor dan Pahang yang hadir dengan reputasi besar untuk muncul juara, manakala peluang sama rata buat lain-lain pasukan di dalam kumpulan masing-masing.

Penyertaan tahun ini turut menyaksikan Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah kembali bersaing dalam kategori Lelaki Terbuka.

Tuan rumah, Terengganu dan Johor merupakan pasukan yang menyertai ke semua kategori yang dipertandingkan pada kali ini.

Bagi kategori wanita terbuka, Selangor yang mencipta kejutan pada edisi lalu menerusi kejayaan merangkul kejuaraan kategori Wanita Terbuka dan Wanita Bawah 21 Tahun, kali ini hanya mempertaruhkan skuad bawah 21 tahun bagi mempertahankan gelaran, tanpa penyertaan pasukan senior mereka.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan