Jalur Gemilang
Berita :
National 7's 2026: Terengganu Intai Kejuaraan Terbuka Wanita
National 7's 2026: Terengganu Intai Kejuaraan Terbuka Wanita
Mohd Irsyadi Abu Bakar
27 minit yang lepas
36

KUALA NERUS, 14 November - Pasukan Ragbi Wanita Terengganu mengintai kedudukan terbaik dalam kejuaraan Wanita Terbuka apabila juara bertahan, Selangor hadir dengan pasukan kedua kali ini.

Kekangan sebahagian pemain lawan yang  beraksi dalam pasukan kebangsaan, menyaksikan saingan lebih terbuka di gelanggang wanita.

Setakat ini, skuad wanita muncul antara pasukan paling menyerlah apabila mencatat tiga kemenangan besar dalam saingan peringkat kumpulan menerusi kejayaan membelasah PDRM 52-0 dan Melaka 43-0 pada hari pembukaan, seterusnya menang ke atas ATM 41-0.

Skuad wanita kini mengungguli carta dengan sembilan mata, namun diekori rapat Johor di tangga kedua dengan tujuh mata.

Sesi petang hari ini akan menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan ini dalam usaha menerajui carta kumpulan, sebelum aksi separuh akhir esok.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan