• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

120 Asnaf Terima Sumbangan

KUALA TERENGGANU, 11 Mac - 120 asnaf di Flat Bukit Kecil, Batas Baru dan Ladang Tok Pelam yang terkesan dengan pandemik Covid-19 menerima sumbangan daripada Yayasan Amal Alumni Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur - Putrajaya (ASAS @YAA).

Mewakili Badan Bukan Kerajaan itu, Dato’ Muhatar Abdullah berkata sumbangan tersebut adalah dengan kerjasama ASAS CAPTER Terengganu (ACT) melibatkan 40 orang setiap flat tersebut. "Nama-nama penerima kita dapat daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di tempat masing-masing, sebelum ini kita hanya menyampaikan sumbangan sebegini di flat-flat sekitar Lembah Kelang," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Agihan Bantuan Untuk Asnaf di Dewan Serbaguna Flat Bukit Kecil di sini semalam.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar Terengganu, Ahmad Kamal Ali. 

Manakala Ahmad Kamal yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato Tengku Hassan Tengku Omar berkata, Allah menjadikan kaya dan miskin itu adalah untuk membuktikan keadilan Allah SWT. 

"Dengan keadilan ini, Allah menjadikan orang kaya dapat masuk syurga dengan sifat suka menolong orang miskin dan orang yang susah dapat pahala dengan sikap bersyukurnya," jelasnya.


Tag: