lightning-solid
Berita :
120 Pelajar DUN Tepoh Terima Bantuan Persekolahan
120 Pelajar DUN Tepoh Terima Bantuan Persekolahan
Muhamad Fazlee Aziz
06 Jan 26
145

KUALA NERUS, 7 Januari – Program Back To School Tepoh 2026 berjaya menghimpunkan seramai 120 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan untuk memilih sendiri barangan serta peralatan persekolahan mengikut keperluan masing-masing. 

Program ini merupakan inisiatif tahunan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tepoh sebagai komitmen berterusan membantu golongan yang memerlukan.

Majlis penyampaian sumbangan keperluan persekolahan tersebut telah diadakan di Ar-Riyadah Residence, Majlis Sukan Negeri Terengganu, dengan kehadiran ibu bapa yang turut mengiringi anak-anak bagi menyempurnakan proses pemilihan kelengkapan sekolah.

IMG_4587.jpeg 273.25 KB
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim, turut hadir menyantuni para pelajar terpilih di samping mengagihkan bantuan terbabit. 

Pada penganjuran tahun ini, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tepoh turut menerima sumbangan berupa beg sekolah dan peralatan persekolahan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Iman Care. 

Sumbangan tersebut secara tidak langsung membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

IMG_4586.jpeg 266.07 KB
Selain itu, baucer belian turut disediakan bagi membolehkan para penerima meneruskan pembelian peralatan serta pakaian sekolah mengikut keperluan masing-masing di Mydin.
IMG_4588.jpeg 267.97 KB



Tag :

Artikel Berkaitan