• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

DUNGUN,19 Disember - Banjir di Dungun pulih sepenuhnya selepas semua 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup pada pukul 12 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Dungun, Jusman Ibrahim memaklumkan keseluruhan kawasan banjir telah surut dan kesemua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing.

Menurut Incident Commander Khidmat Malaysia Dungun(KHIDMAT) , Wan Hassan Mohd Ramli telah bersetuju untuk menutup bilik gerakan KHIDMAT Kawasan dan DUN pada pukul 12 malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Agensi Kerajaan, Khidmat Malaysia Kawasan Dungun (NGO) , Jabatan Amal Dungun, PDRM, Bomba, KKM, MKN, APM, JKM, Rela, JPKK dan Petugas Sukarelawan NGO kerana telah memainkan peranan penting dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

"Terima kasih kepada mangsa banjir kerana tabah diatas ujian yang diberi. Semoga Allah memberi rahmat untuk kita teruskan kehidupan selepas ini," katanya ketika menghubungi beliau sebentar tadi.


Tag: