• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

150 Orang Kategori B40 Terima Bantuan

DUNGUN, 4 Februari - Seramai 150 penerima golongan B40 dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dan Rantau Abang terpilih untuk menerima bantuan menerusi Program GANU ECO-Charity.

Menurut jurucakap Politeknik Sultan Mizan Zainal (PSMZA) yang juga Jawatankuasa Pelaksana program berkenaan, bantuan makanan dan kit kebersihan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dungun.

"Kerja-kerja pemungahan barangan dilakukan secara bergotong royong oleh kakitangan dan pelajar-pelajar PSMZA. 

"Program ini adalah hasil kolaborasi PSMZA bersama badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Udara Bersih Malaysia (MyCas), Yayasan Hasanah, Pertubuhan IKRAM Malaysia dan beberapa NGO lain termasuklah JKM sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail melahir rasa bangganya, PSMZA  dapat bekerjasama dengan NGO-NGO lain dalam usaha memberi bantuan kepada komuniti yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 akibat daripada penularan pandemik COVID-19 di Negeri Terengganu.

"Semoga usaha ini dapat meringankan beban golongan yang memerlukan yang terpaksa dilalui pada waktu yang sukar sekarang ini," ujarnya. 


Tag: