• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

DUNGUN,12 Disember- Seramai 1,515 orang Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Daerah Dungun telah menerima watikah pelantikan dalam satu majlis hari ini.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata JPKK perlu berfungsi sebagai penyampai maklumat serta  membantu memudahkan urusan antara rakyat dan kerajaan. 

"Selain menyampaikan dasar-dasar kerajaan, JPKK juga perlu menyalurkan permasalahan rakyat agar pihak kerajaan dapat menanganinya dengan seberapa segera," katanya menerusi hantaran 'facebooknya' hari ini. 

Majlis perasmian pelantikan tersebut telah disempurna oleh Pegawai Daerah Dungun, Jusman Ibrahim di Dewan Majlis Perbandaran Dungun di sini pagi tadi. 

Wan Hassan turut melahirkan harapan supaya semua JPKK mengikhlaskan diri dalam menjalankan amanah yang diberi dan menjadikan ia sebagai peluang untuk meraih pahala dengan sentiasa membantu penduduk kampung yang memerlukan.

"Semoga dengan pelantikan ini akan memudahkan urusan rakyat dalam banyak perkara terutama berkaitan kebajikan rakyat. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah dilantik", ujarnya lagi.


Tag: