• 28 Okt 2021 | 21 Rabiul Awal 1443

16 Kes Positif, UniSZA Tutup 14 Hari

KUALA TERENGGANU, 18 Mei - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Gong Badak di Kuala Nerus ditutup selama 14 hari berikutan 16 kes positif Covid-19 yang dikesan di institusi itu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata arahan penutupan tersebut dibuat mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Arahan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi bagi mengelak perebakan  penyakit berjangkit dan mengesan kontak rapat kepada semua kes positif tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu, Nor Azimi berkata, sekiranya ada kakitangan atau mana-mana individu datang dari zon merah, penilaian risiko mesti dibuat dan mereka yang mempunyai gejala sepatutnya tidak dibenarkan memasuki kampus.

"Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sangat penting.

"Oleh semua kakitangan, pelajar kampus tersebut dan pelajar yang telah pulang ke kampung agar sentiasa mematuhi dan segera menjalani ujian kesihatan sekiranya mengalami sebarang gejala," ujarnya.