• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

16,051 Penerima Baharu Kad Sejahtera

KUALA TERENGGANU, 30 November – Kerajaan negeri telah mengenalpasti 16,051 penerima baharu bantuan Kad Sejahtera bagi fasa kedua.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata pemilihan pada kali ini diuruskan oleh Terengganu Staregic & Integrity Institute (TSIS) sebagai agensi pelaksana program.

"Untuk status terkini pelaksanaan program kad sejahtera fasa dua, pihak TSIS telah mengambil perjalanan yang dijangka selesai sepenuhnya pada akhir Disember ini dan penerima boleh menggunakan kad tersebut pada awal Januari 2021.

"Satu dokumen perjanjian baharu telah disediakan dengan pihak penyedia perkhidmatan iaitu Selfcare Sdn. Bhd yang kini dalam semakan akhir oleh pejabat penasihat undang-undang negeri," ujarnya.

Beliau berkata kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas bersiaran langsung di TV Darul Iman, di sini hari ini.

Terdahulu, pelaksanaan kad sejahtera fasa pertama bermula pada Julai 2019 hingga Julai 2020 telah memberi manfaat kepada 12,126 penerima di seluruh negeri Terengganu.
 


Tag: