• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

164 Anak Yatim Terima Sumbangan Batu Rakit Care

KUALA NERUS, 26 Mac – Batu Rakit Care menyampaikan sumbangan kepada 164 orang anak yatim Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, baru baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail yang ditemui selepas merasmikan program agihan berkenaan, merakamkan penghargaan buat pihak penyumbang-penyumbang atas inisiatif bersama badan bukan kerajaan (NGO) Batu Rakit Care. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah mengadakan program yang sangat baik ini.

“Alhamdulillah, sebanyak RM16,400 telah disumbangkan kepada 164 orang anak yatim dengan masing-masing menerima RM100," katanya.

Dalam program yang diadakan di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras itu turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Dun Batu Rakit, Mohd Irwami Abdul Wahab, Azman Omar.


Tag: