• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

180 Sukarelawan Siap Siaga Bantu Mangsa Banjir

DUNGUN, 9 December- Seramai 180 sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) KHIDMAT Malaysia Dungun bersiap siaga untuk membantu kerja-kerja pasca banjir. 

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, membantu mangsa banjir semasa pasca banjir adalah menjadi tumpuan pihaknya kerana adanya keperluan membersih rumah, sekolah dan masjid.

"Kemungkinan banjir kali ini sehingga bulan Mac, jadi keikhlasan itu perlu, yang paling penting kita dengar arahan,” katanya.

Beliau  berkata demikian ketika berucap di Majlis Himpunan Sukarelawan Banjir Kawasan Dungun, yang berlangsung di Dewan Al-Husna Darul Ansor, Alor Mak Bah, baru-baru ini. 

Dalam majlis tersebut, turut diadakan majlis penyerahan enjin bot kepada komander Jabatan Amal Kawasan Dungun, Tarmizi Hilmi Mohamad Zuber.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, ADUN Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi dan  Pengerusi KHIDMAT Malaysia Dungun, Khairul Ismail.

Beliau turut mengingatkan para sukarelawan supaya tidak mendengar komen-komen yang negatif.

“Jadi kalau kita boleh buat sendiri, kita buat, kalau banyak sangat kita serah ke orang lain buat,” katanya lmage widget


Tag: